
~ ahabbak akhtar ~
'' Dan sekiranya mereka benar-benar redha dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh Allah dan Rasul-Nya, dan berkata "Cukuplah Allah bagi kami, Allah dan Rasul-Nya akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurniaNya. Sesungguhnya kami orang-orang yang berharap kepada Allah." (Surah At-Taubah:59) - Jika ditanya lagi sejauh mana cinta, kasih dan sayangnya diri ini terhadap-Mu.. "INFINITI".. Itu jawabku...

Setiap kesedaran dari kesilapan demi kesilapan, kekesalan dari kesalahan demi kesalahan yang kita lakukan sesama manusia mahupun kepada Allah, serta makhluk yang diciptakanNya.. mestilah diiringi dengan rasa syukur… Syukur kerana menjadi insan terpilih.. Terpilih untuk diuji.. Tanda Allah sayangkan kita… “Maka apakah pantas orang yang dijadikan terasa indah perbuatan buruknya, lalu menganggap baik perbuatannya itu? Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki & memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Maka jangan engkau (Muhammad)biarkan dirimu binasa kerana kesedihan terhadap mreka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (Surah Al-Fatir:8) Sesungguhnya jika Allah mencintai seorang hamba, maka Dia tenggelamkan hamba itu dalam cubaan.. Barang siapa yang tidak pernah mengalami musibah, maka ia jauh dari kasih sayangNya.. “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran..” ~Surah Al-Baqarah:186~ Pengalaman hidup dijalanNya… Membuahkan sedikit kematangan, berbanding dahulu.. Ketika jahiliahku….
0 bicara hati:
Catat Ulasan