BAGAIMANA ALLAH MENCINTAI KITA ???

20.1.11
Lazimnya andai kita mencintai atau merindui seseorang, kita mempunyai keinginan untuk memberitahu orang lain. Seboleh-bolehnya biar semua orang tahu bahawa kita sedang mencintainya. Hati merasa bahagia andai perasaan itu dapat dikongsikan bersama.

Melalui jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter, kita dapat membaca pelbagai luahan mereka yang sedang bercinta. Antaranya:
"Saya sayang abang."
"Saya rindu ibu."
"Saya cinta kamu semua."

Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?
Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!
" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." 
(Hadis Riwayat Bukhari)

MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..
Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"
Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.

Apa kata Allah dalam hadis tersebut?
"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"
Maka Jibril pun membuat pengumuman :
"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."
Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.
Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.

Bayangkan jika kita semua disayangi Allah SWT. Pasti dunia ini dipenuhi dengan kebahagiaan.
Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?
Namun, selama ini, cinta siapa yang kita kejar?
kejarlah CINTA ALLAH dahulu sblm kita mencipta CINTA antara KITA :)

ღ ALLAHUAKBAR !! KUATKAN HAMBAMU !!!! ღ

LAILAHAILALLAH wa MUHAMMAD RASULULLAH !!!!
YA ALLAH YA RABBI , YA MUHAIMIN , YA RAHMAN , YA RAHIM !! ='(
 kasihanilah hamba-Mu ini YA RABB ..
ini btol2 mnguji hatiku Ya Allah .. aq xdpt gambarkn ape prasaan aq skg ..
Engkau yg mncipta prasaan nih .. 
Ya Allah , tngkanlah hatiku dgn kalimah2 agung-Mu !!!
s'andainya drinya tau ape yg aq rse .. ='(
SUBHANALLAH !! tngkn hati hamba-Mu !!
YA NURAL AIN !!!
تعزيز القلب من خلال محاكمات الله! الله يختبر إيماننا وإن الله يحبك
'' kuatkan hatimu menempuh dugaan Allah !! sesungguhnya Allah sedang menguji keimanan dan sesunguhnya Allah mencintaimu !! ''
dan sesungguhnya Allah sdg menunjukkan rasa cinta-Nya kepada-Mu .. 
iya ! Allah sdg menunjukkan rasa cinta-Nya kpdku .. =)
Ya Rabb , hanya pada-Mu aq berserah !! tngkn hti hamba-Mu ini ..
Engkau Maha Mendengar (As Saami' )  , Maha Mengabulkan (Al Mujiib ) juge Maha Mengetahui .. ( Al 'Aliim )


'' istajibillahummadu'aana , istajibillahummadu'aana ''

ღ SATU CINTA ღ

Ku memohon dalam sujud ku pada MU
Ampunkan lah segala dosa dalam diri
Ku percaya engkau bisa meneguhkan
Pendirian ku keimanan ku

Engkau satu cinta yang slamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan demi cinta ku kepada mu
Walau seribu rintangan kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini hanya pada Mu
Ku pasrahkan
 
Oh tuhan slamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh tuhan jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

Engkau satu cinta yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan demi cinta ku kepada mu
Walau seribu rintangan kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini hanya pada Mu
Ku pasrahkan

❤●•٠·˙ Ya Allah , ini aneh !! ='( ٠•●❤

YA ALLAH !!
Ya Rabbi , aq xske anugerah prasaan nih .. huk3 !!
sakit !!! sakit sbb ape ?? sbb aq xtau cmne aq nk kawal sume nih !!
mcm2 prasaan ade ! tkot , bhgie , cdey , cmpur2 ! kalo air ABC dap gak ! leh mnum ! aii , ape aq merapu daa ! ish3 ! back to de main point !! oke !! kdg aq t'pkir , btol ke kputusan aq tuh ?? kptusan aq nk syg dy .. =(
aduyaii !! ntah ! Ya Allah , Engkau yg m'beri rasa ini , Engkau jua yg bisa menarik balik rasa ini !!! hanya Allah yg tau ape yg aq rse , ape prasaan aq kt dy .. t'kdg aq tpkir , btpe sygnye aq kt dy .. Ya Allah , aq tkot !! ='(
aq tkot aq syg dy mlbihi CINTA aq pada-Mu Ya Rabb !! ='(
aq tkot , aq xdpt trime knytaan s'andainye stu hry 6t Kau ambil dy driku ..
aq mohon ptunjuk-Mu .. aq pinta kekuatan dari-Mu YA QAWIYY !!
aq xtau ape prasaan dy sbnrnye kt aq .. hanya diri-Mu Yang Maha Mengetahui .. aq hnye mampu berserah .. ape slme ini aq suda kterlaluan ?? jika iya , sesungguhnya prsaan ini bertandang kerna Engkau mahu dan sdg mngujiku Ya Allah ! ampunkan daku andai aq khilaf .. ='(
dan DEMI MU YA RABBUL IZZATI ..
'' AKU TIDAK PERLUKAN CINTA DAN ANUGERAH PERASAAN INI SEANDAINYA DIA BUKAN UNTUKKU DAN MEMBUAT AKU KHILAF SERTA LAGHA TERHADAPMU YA RABB ''
skrg , aq hnye mampu berserah n bsdie .. kerna aq tau , Allah sdg mngujiku ..
Ya Rabbi , kuatkn aq , bimbing aq .. 
aq redha s'andainya Engkau hilangkn rasa ini dpdku .. 
ssungguhnya aq tkot , anugerah-Mu ini m'bwa kbinasaan thdpku ..
nmun , aq mohon pd-Mu YA RAHMAN , kuatkanlah hty kami dlm mncri keredhaan-Mu .. amiin ..




p/s : ya sayyed , dan Demi Allah , aq blom pernah mrasakn hal ini dgn yg lain .. ='(
aq tkot , aq khilaf .. biarlah aq ltakkn drimu jaoh d'dsr hty dan dgn e2 , 
'' KU TINGGALKAN DIRIMU PADANYA ..''
moge kte dpt yg trbaik .. ntuk e2 , bdoalah .. 
slgi Allah m'izinkan , slgi e2 lah dirimu ttp dlm hty ini .. 
- uhibbukafillah -



ღ kisahku dan cintaku ღ

19.1.11
Dulu aku pernah mengecapi kebahagiaan,
bersama-samanya aku leka,
menghabiskan masa yang sepatutnya terisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah. 
Walaupun di batasi benua, kami masih dapat mengekalkannya. 
Sehinggalah, pada suatu hari, di saat hati kami tidak lagi bersatu, 
bersangka baik dan tolenrasi tidak lagi menjadi pegangan. 
hati sakit ,jiwa pedih.


 Dan pada saat kekecewaan itu,
 Kau hadir dalam hidup ku.
Mengetuk pintu hatiku.
membawa seribu pengertian. 
tidak tergambar riangnya hati ini. 
Baru ku sedar, sudah lama Kau menabur benih kasih sayang terhadap ku.
Cuma aku yang dalam ketidak sedaran. 
Sepanjang perhubungan ini,
belum pernah Kau sakitkan hati aku, 
pernah Kau kecewakan aku. 
Berita-berita gembira yang Kau bawakan sentiasa menceriakan hidupku. 
Surat-surat cinta Kau layangkan menjadi peneman aku sehari-hari. 
Tidak pula ku jemu membacanya malah aku sentiasa dalam kerinduan untuk bertemuMu. 
Dan tidak pula Kau jemu menjagaku, 
di kala aku kesedihan,
Kau kujadikan tempat meluahkan segala pengaduanku.
Di kala aku gembira, ku tahu Kau bersama aku pada ketika itu. 
Kita berkongsi kegembiraan bersama. 
Kau hadiahkan aku teman-teman sejati, 
teman-teman yang ikhlas dalam perjuangan mereka. 
Aku hargai pemberian itu, agar aku turut sama berada di landasan mereka. 
Walaupun masih lagi batasi, namun Kau rapatkan jurang itu, 
sehingga terasa Kau disampingku. 
NamaMu menjadi siulanku seharian. 
Ku tahu Kau sering menguji kasih sayangku, 
Kau uji kesetiaan ku. 
Sehinggakan dalam tak sedar aku pula menyakiti hati Mu.
Maafkan aku wahai kekasih hati. 
Tidak mampu ku tandingi kehebatan cinta Mu. 
Sungguh !!
Inilah manis kebahagian yang aku nantikan..
Aku pasti Kau tidak akan pernah meninggalkan aku. 
Hanya Kau dan aku..


DAN HANYA ENGKAU KEKASIH ABADIKU ,
ALLAH YA RABBI ..

❤●•٠·˙I'VE TO LEAVE HIM FOR SAKE OF ALLAH !!! ٠•●❤

18.1.11
Dengan nama Allah Sebaik-baik Pemberi Ganjaran
  


Namamu kah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimu kah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria..
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini !!
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan..
Kerna jawapannya bukan di tanganmuTetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; 
Allah , Tuhanku dan Tuhanmu!!

Gelisahku memikirkan dirimu..
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku.,
Aduhai pria .. 
Maafkan aku .. 
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu..

Jemput diriku pabila waktunya tiba..
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia..
Akan kucipta cinta bersama Dia 
Sebelum kucipta cinta antara kita..

Jadilah dirimu kumbang yang hebat!!!
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar ..

"I'VE TO LEAVE HIM FOR THE SAKE OF ALLAH"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang!!
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata,
Yakinlah! 
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti..

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu 
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , 
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu,
Aku tinggalkan dirimu padaNya..

Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah 
Tuhanku dan Tuhanmu..
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah 
yang memegang ubun-ubunnya..
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus..
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]

 usah bersedih atas perpisahan sementara ini..
jika benar dia tercipta untukmu,
tiada apa yang dapat menghalangnya 
sebelum saat itu tiba berdoalah pada Allah 
moga diberi kekuatan..
mohonlah padanya dengan penuh mengharap!!!

 Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)[An Nur: 26]

Beruntunglah kamu !tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita..
Allah memilihmu sayang..
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini =)

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya[ As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah,Mohonlah kekuatan dariNya.

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui[Fussilat:36]


Sayang,kamu intan terpilih,jagalah kilauanmu sayang..jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba..aku mendoakanmu sentiasa~


 ~ ahabbak akhtar ~

❤●•٠·˙ RIJAL YANG KU NANTI ٠•●❤


Rijal idamanku adalah seorang lelaki yang 
BUTA , BISU , BAKHIL DAN PAPA ..

 Biarlah dia seorang yang buta…
 Buta kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan lagha,
Juga buta kerana kedua-dua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi…
Asalkan kedua-dua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah,
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Bosnia, 
Ambon dan seumpamanya.
  


Biarlah dia seorang yang bisu... 
Bisu dari pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan,
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yg bisa meracun fikiran,
Juga bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran...
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan,
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran,
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran,
dan asalkan dia lantang menyuarakan kebenaran.

Biarlah dia seorang yang bakhil...
 Bakhil dalam memberi senyuman kepada wanita yang bukan mahramnya,
Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya,
Juga bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya untuk seorang wanita yang tidak sepatutnya...
Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya,
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya,
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran,
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi melihat kalimah syahadah kembali megah di muka dunia!



Dan biarlah dia seorang yang papa...
 Papa dalam melakukan perkara maksiat,
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat,
Juga papa dalam memiliki akhlaq mazmumah...
Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan yang berfaedah lagi bermanfaat,
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq dan budi pekerti yang mulia,
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi kesengsaraan hidup,
Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan Allah!

Yang dicari bukanlah putera raja,tetapi seorang putera agama... 
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa,asal sedap dipandang mata...
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani,asalkan sihat rohani, sempurna hati...
Yang diharap, bukan jihad pada semangat,asal perjuangannya ada matlamat...
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang,kerana ku sedar diri ini hanyalah serikandi dengan silam yang kelam...
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata,cukuplah akad dan janji setia...
Dan yang akan terjadi,andai tak sama kehendak hati,
tetap akan ku redha dengan ketetapan Ilahi…